25 Sep 2011

Bahagia Dan Derita


Kebahagiaan  datang hanya sesaat… tetapi mengapa penderitaan datang itu dirasakan sangat lama dan berterusan hadir dalam setiap saat hidup kita?
Sebenarnya dalam pedihan ada pengalaman berharga. Dalam kepahitan ada kesembuhan yang menguatkan. Dalam kekacauan sekali pun ada ketabahan dan usaha untuk keluar dari semua masalah itu.
Kehidupan ini adalah seperti satu pakej sebenarnya.
Bahagia dan menderita itu saling membelakangi, seperti dua sisi duit syiling. Bila kebahagiaan datang, penderitaan ada pada sisi sebelah lagi yang tertutup. Tetapi pada saat penderitaan itu datang, bahagia juga berada di sisi sebelah lagi yang tertutup.“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan” (QS. Al-Insyirah : 6), hanya orang yang bijaksana akan dapat melihat sisi syiling itu dari  sudut syiling itu berdiri, dapat melihat keduanya.
Lupakan penderitaan, berjuanglah untuk mengubah keadaan dengan sepenuh tenaga untuk “membalikkan” keadaan. Mereka yang memiliki sense of humor dapat melihat sesuatu dari sudut  yang indah. Menjadikan kesedihan menjadi gelak tawa. Membuat air mata kepedihan menjadi air mata bahagia.
Tiada harapan yang bersinar lebih terang di kala kegelapan, melainkan harapan yang dipancarkan oleh keimanan kita kepada Allah SWT. Keimanan kita. Ya, itulah dia harapan yang akan menyuluh jalan keluar di kala kelemahan dan derita. Mahukan kebahagiaan, maka marilah pada Tuan Punya Kebahagian, iaitu Allah.
Maka yang penting adalah doa, keimanan yang mantap, berusaha dan jangan putus asa dalam mencari kebahagiaan!
Ujian adalah lumrah.Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi.
Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Justeru di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya?
Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa hakikatnya.

Cinta Itu Menyakitkan



Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi dikhianati.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi tidak dihargai.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi tidak dimengerti.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi disalah mengerti.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi tidak dihiraukan.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencegah dan melarang untuk kebaikan tapi dimusuhi

Cinta itu menyakitkan tatkala kita tidak menghiraukan jeritan dan peringatan dari orang yang mencintai kita.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi cinta kita dipermainkan.


Tapi tahukah kamu…
Hati Bapa sakit saat Dia mencintai tapi cintaNya dan anugerahNya dipermainkan.

Hati Bapa sakit saat Dia menjerit “Jangan kesana dan kembalilah sekarang” tapi tidak kita hiraukan.

Hati Bapa sakit saat Dia melarang kita untuk kebaikan tapi kita memusuhiNya.

Hati Bapa sakit saat Dia mencintai tapi cintaNya tidak dihiraukan.

Hati Bapa sakit saat Dia mencintai tapi cintaNya disalah mengerti.

Hati Bapa sakit saat Dia mencintai tapi cintaNya tidak dimengerti.

Hati Bapa sakit saat Dia mencintai tapi kita tidak menghargai cintaNya.

Hati Bapa begitu sakit saat Dia mencintai tapi kita menghianati cintaNya.


Dan akhirnya, Bapa hanya mampu terdiam melihat kita melukaiNya.

Dia hanya mampu menangis dan menanggung sakit saat kita melukaiNya.

Dia hanya mampu menunggu kita untuk kembali padaNya dengan berderai air mata.

Dia hanya mampu berkata “Kembalilah padaKu” dengan air mata.

Dia hanya mampu menunggu kita bertaubat dan meninggalkan tingkah kita yang menyakitiNya
.

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak



Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,

Walaupun dia punya rasa yang sama.Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

19 Sep 2011

Sifat Wanita Tidak Di Sukai Lelaki



Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing, tidak kira lelaki ataupun wanita semuanya sama sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah memahami antara satu sama lain dan cuba mengawal keadaan dengan cara yang bijak dan waras.
Sebagai wanita, anda perlu bijak memahami sikap dan tingkahlaku pasangan anda. Dari masa ke semasa anda perlu meningkatkan tahap pengetahuan anda berkaitan sikap teman lelaki atau suami anda. Oleh sebab lelaki mempunyai sifategoyang tinggi , wanita harus lebih bijak berdepan dengan perkara sebegini. Seperti yang anda tahu, lelaki lemah dengan pujuk rayu seorang wanita tidak kira si wanita itu adalah teman biasa, teman lelaki, kekasih atau isterinya sendiri. Walaubagaimanapun seorang lelaki masih tidak selesa dengan wanita yang mempunyai sifat buruk walaupun secantik mana pun wanita itu.
Berikut adalah beberapa sifat-sifat wanita yang tidak digemari oleh lelaki yang perlu anda titikberatkan untuk menjamin kebahagian anda.
1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Wanita juga dikatakan inginkan kesempurnaan, yang sememangnya mustahil untuk dikecapi. Saya rasa tidak perlu huraikan perkaran ini kerana anda boleh berfikir secara rasional tehadap sikap ini.
2. Mata Duitan
Wanita itu adalah menipu sama sekali jika dia menyatakan sedikit pun tidaktertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Itu adalah benar kerana, cuba anda perhatikan artis-artis Negara kita sudahlah. Siti nurhaliza kahwin dengan siapa? Walaupun dia sudah kaya. Norjuma pengacara TV3 kahwin dengan siapa? Orang yang berstatus datuk juga. Sememangnya susah hendak cari cinta sejati, semuanya adalah kepuraaan.

3. Suka Mengatur
Apabila wanita mempunyai peluang, wanita akan cuba mengatur kehidupan lelaki. Termasuklah cara berpakaian, bila anda boleh keluar rumah, balik dalam masa yang diberikan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh keluar seorang, dan macam-macam perkara yang terbatas. Ini boleh membuatkan lelaki rimas dengan situasi ini.
Wanita tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Lelaki lebih suka kehidupannya tidak dikongkong oleh perkara-perkara sebegini.
4. Cemburu Buta
Cemburu tandanya sayang, betul ke? Atau cemburu tandanya bengang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki didorong untuk membuat perkara yang dicemburui itu dengan lebih kerap lagi.
Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh, lagilah dia risau.
Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.
5. Emosional
Sudah menjadi kebiasaan wanita akan mengalirkan air mata apabila sesuatu yang membuat hatinya tergores dan terluka. Tetapi wanita tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan lelaki. Jika kerap digunakan, ia dikuatiri akan membuat lelaki anda meluat. Tidak salah menunjukkan emosi yang anda itu sedang merajuk dan sebagainya, tetapi kawal-kawalah diri anda supaya teman lelaki anda tidak menjauhi anda suatu hari nanti.

16 Sep 2011

Sebab Kenapa Lelaki Gembira


  • Tak perlu mengandung
  • Boleh kencing merata-rata
  • Kerjanya sama tp gaji lebih
  • Kedut dan boroi lambang kejantanan
  • Orang tak pandang ke dada bila berckp dengan mereka
  • Berbual di telefon 30saat saja
  • Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama 5 hari
  • Di puji sebabberjaya keluarkan idea ciput
  • Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (3helai)
  • Boleh pakai baju yg berkedut
  • Apa yg ada di muka semuanya ori
  • Stail rambut sama selama bertahun-tahun
  • Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak
  • Boleh pakai seluar pendek wpun kaki macam.... ??????
  • Misai serabut????no hal lah. :D

14 Sep 2011

13 Alasan Wanita Yang Enggan Menutup Aurat



. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan….
sumber dari

 
http://www.informasi.my

13 Sep 2011

LELAKI SEJATI



1)  Lelaki sejati akan memperlakukan wanitanya seperti seorang puteri dan menjaganya dengan sepenuh hati


2)  Lelaki sejati bukan mereka yang tidak pernah menangis. Tapi mereka yang tahu cara menunjukan perasaan di saat yang tepat.


3)  Lelaki sejati adalah dia yang tetap teguh berdiri menghadapi cubaan yang dihadapi tanpa pernah meminta untuk dikasihani.


4)  Lelaki sejati adalah lelaki yg tidak akan pernah membandingkan wanitanya dengan wanita lain dalam keadaan apapun.


5)  Lelaki sejati adalah mereka yg berani mengungkapkan cintanya, meski tahu jika akhirnya dirinya akan terluka.


6)  Lelaki sejati tak berpindah dari satu hati ke hati lain dengan mudah hanya untuk bersenang-senang.


7)   Lelaki sejati adalah lelaki yg boleh menjadi pasangan, sahabat, teman, rakan, dan ayah bagi wanita yg dia cintai.


8)  Lelaki sejati mencintai wanita apa adanya, bukan adanya apa.


9)  Lelaki sejati adalah lelaki yang selalu berusaha, berjuang agar dia boleh menjadi seorang IMAM untuk perempuannya.


10) Lelaki sejati mencintai wanita setulus hati, menepati janji dan tak membenci saat merelakannya pergi.

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta



1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukankarena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Lawak Kelas

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Udin, macam mana bunyi ayam berkokok?
Udin : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Udin... Limah, buat bunyi kucing pula..
Limah: Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Ajoi, buaya bagaimana pula bunyinya?
Ajoi : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Ajoi : Buaya darat cikgu!!

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!