12 Dec 2011

Aku tidak pandai bercakap,tidak pandai berpuisi..aku hanya mampu memohon maaf dengan luahan disini sahaja..MAAFKAN SAYA SAHABAT...

DikaLa sahabat tak boleh dibanggakan..MaLah terkadang menoreh Luka di hati..Tapi percayaLah kaLau..Luka itu,Kan menjadi sesuatu yang patut dikenang..WaLaupun pahit yang kau rasa..Tapi keLak itu akan menjadi..sesuatu yang manis dikenang..Tapi sayang…Tuk merubah rasa dari pahit ke manis..Sememangnya,memerlukan waktu dan pengertian yang besar
Sekarang…
Aku ingin mengubah pahit itu dengan kata “MAAF”

MaaFkan aku sahabaT
MaaFkan aku..
MaaFkan aku..
Maafkan aku sahabat,
Maafkan jika ego ini menguasai hati. Aku hanyalah manusia biasa yang kadang kecewa ketika apa yang terjadi tak sesuai dengan situasi yang kuharapkan.

Aku tak berhak memperlakukanmu seperti ini. Kadang kala aku tertawa sendiri di hati, menyedari betapa bodohnya aku.
Ya, sebenarnya aku marah dalam diam, aku kesal dalam lamunan. Kadang terlalu berharap sesuatu kepadamu hingga lupa bahawa, sahabat tetaplah sahabat yang memiliki batas dan hak masing-masing yang harus kita ketahui . Ada saat-saat dimana kita saling berkongsi pendapat, kisah kehidupan, namun di samping itu ada sesuatu yang tidak boleh kita kongsi iaitu yang hanya Allah dan diri kita masing-masing yang tahu.. itu yang sering aku lupa.
MaaFkan Aku sahabat..Aku takut kehilangan mu kerana aku sudah mula menyayangi mu lebih dari diriku..Aku harap kamu tidak melupakan aku..Aku akan sentiasa ada disisi mu,menemani mu dikala duka mu..walaupun hanya sesaat..Aku akan cuba sebaik yang mungkin..
Ya Allah, ampuni hamba atas segala dosa. Ampuni hamba yang tidak pandai megawal diri, tak boleh memahami bahawa semua yang terjadi atas kehendak-Mu. Aku tidak berhak untuk membelakangkan mu  ya Allah.
Ya Allah, berikanlah kelapangan hati, kejernihan fikiran dalam menghadapi segala masalah yang ada. Kumpulkanlah hati-hati ini dalam naungan keagungan cinta-Mu. Ampuni aku dan sahabatku yang bersama-sama berjuang mencari redha-Mu ya Allah..


No comments:

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!