12 Dec 2011

Saya tidak Marah Awak ,Saya Tidak marahkan Tuhan.. :)

awak..maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.awak tahu,ianya bukanlah sesuatu yang mudah.tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini. awak..
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.tapi saya cuba juga..
awak tahu,ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.saya bukan yang sempurna.saya juga bukan yang menjadi pilihan utama..tapi awak, saya akan sentiasa ada untuk memastikan awak bahagia.
biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata awak.saya tahu..hati awak masih lagi padanya.tapi saya senang andai awak terus tersenyum.awak,saya tidak suka melihat kerutan di dahi awak.seriously!!ianya tidak cantik untuk muka  awak yang comel.saya akan runsing bila awak jadi begitu.seandainya saya boleh memberikan senyuman saya di wajah awak..hmmm..saya sedar siapa diri saya..tuhan telah meletakkan takdir itu untuk saya dan awak..saya tidak mampu melawan takdir..mulai sekarang..saya hanya berserah kepada takdir...Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham dan saya yakin..kalau ada jodoh antara kita..saya percaya..ia tidak akan kemana..Alhamdullilah la kalau kita bertemu kembali..tapi..saya hanya menunggu nasib yang bakal menjelang..saya tidak akan mencari lagi cinta baru yang lain..hanya menunggu ketentuan dari Nya...Selagi saya bernyawa..saya akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan awak dan untuk diri saya sendiri setiap masa..

saya harap..kita akan berkawan terus sampai la saat terakhir saya memejamkan mata..
<saya sayang awak sampai bila-bila>
InsyaAllah..

No comments:

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!