30 Dec 2012

tentang cinta...

Assalamualaikum...ni madah merepek je..korang bce jela.. kalo mls.. close tab je..

Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

   Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

    Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

   Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

   Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat .Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.


   Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.

   Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu .Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

kebosanan mencipta kelainan...sekian #madah merepek

10 Dec 2012

itulah namanya rindu..


Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu kemestian tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati
Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..
Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..
Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..
Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..
Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..
Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..
Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..
Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..
Pernahkan  kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah..  Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan..  Dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku  dalam diam amat merindui kamu
Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..

MENANGIS

assalamualaikum..
kongsi ngn anda(wanita)smua
Secara sainsologi ringkasnya istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suasana emosi tindakbalas pada diri manusia seperti sedih dan gembira.Namun begitu takrif menangis ini subjektif,penuh dengan 1001 rahsia yang tidak dapat di’ungkapkan.
Menangis lebih sinonim dengan wanita.walaupun menangis ini di,monopoli oleh kaum wanita,mereka sebenarnya tidak begitu pasti kenapa mereka mengalirkan airmata.Ada pula yang bertanya,Mengapa wanita mudah menitiskan airmata.Pada gua,lebih molek bahasa’kan diri ini “saya”terasa sopan di’situ.Bagi saya ini adalah kelebihan semulajadi yang di’miliki oleh kaum wanita.

Jika kita merujuk pada fitrah yang dimiliki,wanita mempunyai 9 emosi 1 akal,bermakna diri wanita ini dikuasai 90% daripada refleksologi emosi.Jesteru itu tidak mustahil,kena gigit semut sikit dah nak nangis..hahahahhahahahhahahah!!
Apa yang saya nak fokuskan disini adalah menangis kerana kasih sayang dalam perhubungan cinta.Menangis kerana bahagia disamping orang yang tersayang.Dalam hubungan pencintaan ramai wanita yang menangis disebabkan konflik negatif yang berlaku diantara pasangan,Tidak ramai yang menangis kerana gembira dengan hubungan.
Secara jujurnya bagi saya,wanita ini tidak akan gembira selagi hubungan pencintaan yang dibina walaupun berkurun lama tidak di’realisasikan ataupun di’sempurnakan dengan ikatan pernikahan yang sah.Kegembiraan yang di’kecapi semasa bercinta hanya sementara,selepas itu pasti hadir kesedihan apabila menghadapi sesuatu perkara yang tidak di’ingini.
Jadi tidak payah lah membazirkan airmata diatas perpisahan yang berlaku itu,bukan apa diri ini terasa meluat jika saya melihatkan perempuan menjadi bagai nak gila akibat putus cinta, kehilangan pasangan cintanya.Belajarlah menerima hakikat bahawa setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan tambahan lagi di’alam pencintaan yang kita tidak tahu penghujungnya

sumber-google
Jadi carilah pasangan hidup yang mampu membuatkan anda(Wanita)mengalirkan airmata kegembiraan di hari pernikahan anda.Jelas terasa “sweet”kot di situ.

16 Oct 2012

3 persoalan untuk wanita..

hye semua..

kenapa la kepala hotak ku ni lembap sangat nak memikir untuk update blog.. apa yang aku nak update?
padahal kalau jauh dari pc banyak sangat ilham untuk mengupdate blog.. tapi bila depan pc ni.. kepala hotak ku jem..! aku tatao nak taip apa.. bz sangat membaca blog orang lain.. sampaikan blog sendiri pun tak terurus.. lain lagi nak layan facebook tu.. sob..sob..sob..

mukaddimah kat atas tu hanya untuk memberikan gambaran pada korang wahai pembaca bahawa aku ketandusan idea untuk mengupdate blog..!

lantas dengan semangat waja... aku segera mencari ilham..! hati ini membara-bara bagaikan api yang tengah membakar ikan bakar...! huh? apa punya ayat aku pakai ni.. lantak la.. janji ayat aku boleh masyuk..!

okay..!
abaikan apa yang aku taip kat atas tu...! itu semua tiada urusan dalam penulisan blog...



wanita...wanita...wanita...
serius ni..!

korang tengok tak tulisan warna merah tu...
setelah puas untuk mencari ilham.. aku mendapat idea untuk bercerita pasal wanita..

kepada wanita-wanita di luar sana.. sila jangan marah aku okay..! entri ini hanya untuk aku berkongsi cerita pada pembaca...

persoalan kepada wanita...

kenapa mengatakan tidak cemburu tapi dalam hati hanya tuhan yang mengetahuinya...?
kenapa mudah sangat wanita untuk memutuskan sesuatu perhubungan...?
kenapa wanita mudah untuk mempercayai lelaki yakni boyfriend masing-masing...?

wanita..wanita..wanita..
kepada wanita di luar sana... perkara di atas pernah terjadi pada korang tak?
sekiranya perkara di atas pernah berlaku pada korang,harap korang dapat share ngan aku di ruangan komen nanti okay..

izinkan aku untuk menjawab persoalan di atas... (sendiri punya soalan sendiri mau jawab ka?)

kenapa wanita mengatakan tidak cemburu tapi dalam hati tuhan yang mengetahuinya...?
bayangkan situasi ni berlaku bila si lelaki bertegur sapa dengan kawan perempuan yang lain.. bercerita bagaikan 20puluh tahun tak jumpa.. sedangkan si wanita berdiri bersebelahan dengan si lelaki.. lelaki dan kawan perempuannya tadi siap bertukar-tukar no tepon dan email facebook... apa perasaan si wanita yakni girlfriend kepada lelaki tersebut? cemburu ka dia?

bila ditanya "awak cemburu ke?" 
jawapannya pulak "tak lah"..

tapi,sepanjang perjalanan wanita tersebut buat muka mencuka..!
diam seribu bahasa..! semua jadi serba tak kena..!

cakap tak cemburu tapi,kenapa perlu buat muka? kalaupun engkau tu cemburu.. senyumkan la dirimu saat lelaki tu bergurau untuk menggembirakan hatimu semula..!
takut sangat boyfriend di rampas oleh orang lain ke? sedar sikit la wahai wanita.. dia belum sah jadi milik kau...! hahahaha.... jahat.!

kenapa mudah sangat wanita untuk memutuskan sesuatu perhubungan...?
bab ni aku tak berkenan..! kenapa mudah sangat nak memutuskan hubungan itu..?
bukankah kamu pernah mengatakan tidak akan sekali-kali menyakiti hati pasanganmu..!
tapi,kenapa kau luahkan perkataan "clash" tu..!

"cukup sampai sini.. kita clash..!"

biasa berlaku bila pasangan tersebut bergaduh.. bergaduh mengalahkan suami isteri..! hahaha...
selalunya wanita yang akan mintak clash.. kan.. korang tak fikir ke apa yang korang cakap tu dah menyakiti hati lelaki yang mencintaimu setulus hati~ ~ ~ (ayat tak boleh blah..!) hahahha...

kerana sayang.. biasanya lelaki akan bersabar melayan karenah pujaan hatinya.. di biarkan wanita itu meluahkan perasaannya..walaupun keegoannya di cabar dengan permintaan wanita tersebut..!
serius.! ego lelaki memang kuat okay..! tapi,demi pujaan hati lelaki akan cuba untuk bersabar..!

tapi,tade cara lain ke selain dari "clash".. cubalah korang menghukum lelaki tu dengan cara lain selain daripada mengungkapkan perkataan "clash" tu..

patutlah lelaki yang diberikan hak untuk menjatuhkan talak pada isteri kan..kan..

begitulah wanita.. hilang pertimbangan bila amarah menguasai diri..!
hilang semua cinta,sayang,rindu,kasih.. hahaha...


kenapa wanita mudah untuk mempercayai lelaki yakni boyfriend masing-masing...?
kepada wanita diluar sana.. pelihara la dirimu.. 
jangan sesekali menggadaikan maruah mu pada lelaki yang belum sah menjadi milik mu.. 
rasanya korang faham maksud ayat tadi kan..

"kerana cintaku padamu,aku sanggup buat apa sahaja"

apa sahaja? hahahaha...

ish..ish..ish.. bab "apa sahaja" ni memang mudah untuk ditafsirkan oleh lelaki..

sebab tu  sifat malu itu perisai kepada wanita.. jangan sampai perasaan malu itu hilang pada diri setiap insan yang bergelar wanita..

jangan la terlalu mencintai kekasih hati.. kerana belum tentu insan yang dicinta itu akan menjadi suami kelak..
tidak ka korang malu sekiranya bakal suami mu mendapat tahu masa silam mu kelak..

"kalau dia mencintaiku dia akan menerimaku seadanya".. hahaha..
memang betul... lelaki akan menerima wanita itu seadanya...
tapi,yang menjadi persoalanku.. bahagia ka hubungan itu..?

persoalan kedua pulak menyusul.. 
bahagia ke hubungan rumahtangga itu jika si isteri still virgin? 

mesti ada di antara pembaca yang mengatakan bukan itu yang menjanjikan hubungan itu bahagia...

hantarkan cadangan dan komen anda dengan menaip ON KOMEN dan hantar ke 32999...

p/s:maaflah kalau entri ada menyakitkan hati kepada mana-mana individu.. sepuluh jari ku susun memohon
     maaf.. jangan marah aku..


27 Sep 2012

Menikmati setiap detik hidup 'single'.

Assalamualaikum... wah wah.. dh byk berubah interface blog ye..dh 3 bulan aku xmasuk menaip..dh lain rupenye... ha3..

Tajuk diatas sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan aku sekarang.
Dalam iPod 'Kebahagian, Harapan dan Cinta' (tertulis dibelakang iPod), ada banyak nota telah aku simpan. Sebagai rujukan aku, menulis isi blog. Sangat banyak, 40 tema dan isi yang pelbagai.
Menjadi seorang lelaki tanpa apa-apa komitmen terhadap jantina berlawanan sebenarnya agak sukar apabila dikelilingi oleh lelaki sebaya yang sudah mempunyai buah hati masing-masing. Dahulu, aku memang tak berminat langsung hendak menjalani hubungan serius yang begitu jujur dan gile-gile dengan jantina lawan aku, perempuan - bukan pondan.
Aku merasakan zaman sekolah dan universiti perlulah sesuatu yang begitu manis untuk dilalui. Sebab, bila aku tengok kawan lelaki aku yang ada buah hati masing, akan macam ada satu batasan yang terhad untuk eksplorasi sesuatu. Malamnya, kena bersedia untuk menelefon (standby mode, yo!). Hujung minggu kena ada plan sendiri, tak boleh main sebat je, sebab hujung minggu waktu sesuai untuk keluar bersama.
Tak masuk lagi, kes merajuk, kes gaduh, kes ugut-ugut nak kelesh (clash). Dan macam-macam lagi...
Itu yang aku lihat, dari kawan-kawan aku sendiri.
Pertengahan minggu, dah janji dengan aku macam-macam. Misalan, nak jamming, nak race kete la, nak layan snooker la, layan PES sampai larut pagi, semua ditabur pada aku.
Bila hujung minggu, aku yang menjadi kelana seorang diri dalam bilik layan EPL. Jerit seorang diri.
Alasan, "Sorry wei, ada komitmen la. Sorry bro!"
Sekali lagi, itu yang aku lihat, dari kawan-kawan aku sendiri.
Begitu juga bila dalam berjalan jauh, pergi melancong. Kadang-kadang terpaksa ikut 'waktu' kawan yang ada buah hati. Jangan lepak sampai malam, sebab nak telefon. Tak pun, bila sedap sembang-sembang, lepas itu, "Sorry, ada hal jap. Nak call."
Aku tak tahu apa motif aku tulis, cuma aku rasa seronok memikirkan kehidupan huru-hara aku yang dulu - tanpa ada komitmen. Tekan BUZZ kat semua kenalan Yahoo Messenger, cakap 'hi!' kenapa semua si perfect stranger. Chatting sampai keesokan pagi, tidur, bangun semula. Lepas itu tak cakap langsung dengan kenalan perempuan itu selepas beberapa bulan, chat balik giler-giler.
Tak pun, poke kenalan perempuan di FB tanpa segan silu. Main add friend secara semberono, tanpa memikirkan risiko digelar pervert.
Juga, meminta no telefon dari mana-mana gadis jumpa di pasaraya, kompleks, penjual bunga, gadis kaunter, pelayan KFC, penjual pop-corn. Flirt-flirt tanpa rasa bersalah kerana bakal melukai orang. Berpura-pura jadi romantis buka pintu untuk perempuan masa nak masuk melalui pintu atau tarik kerusi suruh duduk. Bagi perempuan duduk dulu, baru duduk.
Hurm.
Apa-apa pun, umur 21 tahun adalah butang panik!
"Kebosanan mencipta kelainan"

14 Jun 2012

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan makanan kegemaran.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk....
mak

Bila aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....
mak

Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan call pasanganku
Entah bila.... aku nak call
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
mak


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
 



Mak bilang;
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

 

...Apa yang kaurang rasa?...




Nota kaki: Entry EMO hari ini.
 Saia teringatkan mak di rumah.
Trimas kerana sudi membaca..

2 May 2012

Setitik air mata isteri, suami disebat 100 kali?

"setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang dia sayang, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan itu 100 kali di akhirat nanti"

Mungkin ada sesetengah orang yang pernah ternampak statement tu kat mana-mana. First impression masa aku ternampak ialah "oo..bunyik macam hadis sebab ada melibatkan sesuatu tentang hukum-hakam Allah,.tapi first time aku dengar (jikalau) ada hadis berbunyi camtu." Please, tell me the truth..kalau ada yang mengetahui.

Secara jujurnya, aku tak mahir bab-bab hadis ni tapi sesetengah orang mungkin berpendapat kalau diorang keluarkan hujah camtu atas dasar supaya tiada suami-suami yang menzalimi isteri, ianya tak apa. But, is it true? Aku sendiri tak tahu nak explain perkara tersebut. Sebab sebagai manusia yang lemah, sejauh mana yang kita boleh nampak untuk overestimate tentang hukum-hakam "beyond" daripada apa yang telah dinyatakan dalam Al-Quran atau panduan hadis sahih? Sejauh mana kita pasti yang sesuatu hujah tu boleh memberi 100% kebaikan dan tak ada langsung keburukan?

Berbalik kepada definisi hadis:

Hadits adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadits dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an.
*adakah statement paling atas tu satisfy definition hadits (sanad bersambung)?
Nak ikutkan, banyak jenis-jenis hadis yang wujud. Salah satunya ialah hadis Daif atau hadis yang lemah (reference lemah, perawi diragui). Tinggalkan 100% hadis daif jugak tak patut a.k.a bidaah dan sebenarnya ada syarat untuk guna hadis Daif ni. First, tak boleh sandarkan 100% ke atas Rasululah walaupun ianya tak putus atas sebab kelemahan perawi sendiri. Second, hadis tak boleh terlalu lemah. Third, tak ada hadis lain yang membicarakan hadis tersebut punya content. Fourth, tak bercanggah dengan syarak. Even Imam Bukhari gunakan hadis daif dalam kitab Al-Adab dan Al-Mufrad.
Apa akan jadi kalau hadis daif dipegang setaraf dengan hadis sahih dalam masyarakat tanpa diorang tahu yang hadis tu bukan hadis sahih? Impression orang terhadap mudahnya Islam mungkin boleh berubah. Kalau suami tegur isteri tetibe si isteri tacing2 lalu menangis satu baldi air mata? Dalam rumah tangga, even perkara kecik pun boleh bagi perempuan nangis.. Contohnya apabila suami taknak manja-manja atau gedik-gedik dengan isteri. Si isteri sayang si suami tetapi suami itu terlampau sibuk dengan kerja untuk bermanjaan. Lalu si isteri pun menangis teresak-esak sambil masak kari kurang garam. Maka cuak berganda-gandalah si suami tersebut. Aku tak belajar ilmu tafsir..so, mungkin aku salah tafsir..begitu juga dengan orang lain. Sedangkan hadis sahih pun boleh ada orang salah tafsir, inikan statement kat atas tu. Kalau tak nak percaya 100% a.k.a tak yakin 100%, kenapa perlu meyakinkan orang lain sampai diorang percaya 100%.
Bab suami isteri ni banyak je sumber kita boleh carik. Try usha Kitab Muhimmah by Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani. Kalau nak interpret susah, suruh Ustaz Azhar cite..lol.
Explanation pasal suami menzalimi isteri.. Tak ada term suami "derhaka" kat isteri. Tapi ada term suami "derhaka" kat Allah kalau meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Hak isteri dan batas suami pun ada dinyatakan.
Another thing, pasal public figure... apabila sampaikan sesuatu kat orang ramai, assume 100% boleh terima pendapat kita. Which means kalau pendapat salah, 100% orang jadik salah. Aku taknak nyatakan conclusion aku pasal ayat kat atas sekali tu sebab aku tak cukup ilmu bab-bab ni. Kalau pasal matematik mungkin boleh. Sebaik-baiknya, tanyalah orang yang tahu.
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (AL-Jaatsiyah, ayat 18)

4 Apr 2012

cinta tak semestinya memiliki, sayang xsemestinya bersama..SAYA SAYANG AWAK… DISEBABKAN SAYANG AWAK, SAYA LEPASKAN AWAK!!

ingt lagi nih?? tlg faham kenapa.............kita mcm nih..hrp awk ingt..
SAYA : Hai awak.. maaf sebab lambat..
 AWAK : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?
 SAYA : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..
 AWAK : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..
SAYA : Awak… Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
AWAK : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak.. 
SAYA : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?
AWAK : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..
SAYA : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..
AWAK : Saya pakai macam ni pun untuk awak je.. Saya masih pakai tudung tau..
SAYA: Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stoking kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.
AWAK : Hmmm.. Yelaa…
SAYA : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..
AWAK : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..
SAYA : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?
AWAK : Ermmm….
SAYA : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?
AWAK : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
SAYA : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.
AWAK : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!
SAYA : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?
AWAK : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!
SAYA : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.
AWAK: Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!
SAYA : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..Saya sayangkan awak, tapi..
AWAK : Tak payah nak tipu! 
SAYA : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…
AWAK : Awak!! Kenapa sekarang???
SAYA : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.
AWAK : Saya sayang sangat kat awak..
 SAYA: Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…
AWAK : Awak… Tak kesian kat saya ke?
SAYA : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum…

Mase tu..Saya melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat awak yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan saya akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT.

14 Mar 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ketika diri di ulit sepi
Ketika diri di ulit duka
Ketika diri di ulit rindu
Ketika diri di ulit sayang
Ketika diri di ulit gembira
Ketika diri di ulit sukar
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang Maha Penyayang ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang Maha Berkuasa ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang Maha Agung ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang memberi dan menarik kembali nikmatNya ?
Ketika itu semua adakah aku berdoa dan bersyukur kepada Tuhan ku ?
Ya Allah , aku sering melupakanMu
Tatkala aku diterjah kesusahan atau kegirangan
Aku tetap lalai dalam mengingatiMu
Aku dibaluti dosa dan noda
Aku ditutupi syaitan dengan dunia
Aku diiringi nafsu dalam tingkahku
Aku tiada secebis iman
Aku tiada sedikit akal
Aku hanya ada segumpal hati yang kotor ....
Aku hanya ada jasad yang tiada tujuan ....
Aku tiada matlamat hidup
Apatah lagi untuk mengetahui apa tujuan Tuhan menciptakan aku
Dimanakah janji-janjiku pada Allah ketika roh ditiup ke jasad
Janji-janji yang tidak ditepati untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi
Khalifah yang mencerminkan agama Allah
Khalifah yang menghalang kekufuran
Khalifah yang berjuang jihad atas agama Allah
Khalifah yang tidak mensia-siakan hidup yang singkat
Hamba seperti apakah aku ini ?
Aku hanyalah hamba yang ingkar pada Tuan nya !
Aku hanyalah hamba yang tidak memberi kebaikan pada Tuan nya !
Aku hanyalah hamba yang lupa diri pada Tuan nya !
Aku hanyalah hamba yang tidak berbakti pada Tuan nya !
Langsung tiada ucapan syukur
Langsung tiada ucapan maaf
Langsung tiada ucapan malu
Hanya ada ucapan takbur
Hanya ada ucapan hina
Hanya ada ucapan yang penuh kebencian
Hanya ada ucapan tidak bermakna
Tiap hari dibekalkan dengan keseronokan
Tiap hari dibekalkan dengan kemewahan
Tiap hari ditambah dosa
Dosa , dosa dan hanya dosa . . .
Pahala ? Tiada tempat untuknya . .
Pabila mata hatiku kaku
Tiada petunjuk tiada hidayah daripada Tuhan ku
Semuanya gara-gara dosa ku
Begitu sukar untuk menembusi hati yang gersang dengan kebenaran
Terus-terusan menolak kebenaran
Terus-terusan menerima kebatilan
Di pandu nafsu ku
Di pandu musuh nyata ku
Di pandu amarah ku
Di pandu mata hati yang tiada di asah , beku
Akal tidak terguna
Hati tidak terima
Iman entah ke mana . .
Sekeras-keras hati
Muncul jua secalit rasa insaf
Dalam diam
Tetapi
Tembok keegoan terlalu kukuh untuk di runtuh
Begitu teliti pembinaan ego ku , utuh
Terdetik jua untuk menerima
Ego menepis terlepas semua . . .
Kini aku mengerti hakiki kehidupan
Tidak kira dulu , kini atau hadapan
Sungguh rugi tidak terkata
Ketika berjuang memenangkan dunia
Cahaya Allah tiada terpilih
Allah memberi tanda kasih
Syukur ku padaNya tiada hingga
Akhirnya ku temu juga
Berharap setinggi langit agar tidak tersasar
Tidak tersasar daripada jalan benar
Sekali Dia memberi hidayah
Seboleh-boleh tidak mahu lagi goyah
Ubah ku bukan kerna manusia
Ubah ku bukan kerna harta
Ubah ku bukan kerna takhta
Ubah ku bukan kerna dunia
Ubah ku hanyalah kerna Sang Pencipta
Yang menguasai segalanya
Kini ada ucapan syukur
Kini ada ucapan maaf
Kini ada ucapan malu
Kini ada ucapan buat Tuhan ku . . .
Tika sujud terakhir
Tika itu . . .
" Kau berikanku segala-galanya
 Kau mengujiku dengan cinta dunia yang sungguh indah
Kau hiaskannya dengan intan permata dengan jua Si Adam
Kau tempatkan ku kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu "

" Dalam menikmati kurniaan-Mu
Tidak terucap lafaz terima kasihku
Namun untuk jadi yang terbaik
Aku masih belum mampu "

" Dalam sujud cintaku
Fanaku diulit rindu
Getirnya cemas di kalbu
Takut hidup tanpa redha-Mu "

" Hanya kerna-Mu Tuhanku
Aku hidup dan ku akan kembali pada-Mu
Hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku. "

" Kau janjikan ku dengan ayat-ayat Mu
Disana menanti
 Di syurga Kau penuhi dengan cinta dan kasihMu..
 Ya Rabbi... "
Tiada terbatas bicara yang aku ingin meluahkan
Aku tahu Kau sering mendengar rintihan hambaMu
Walau terkadang aku terlanjur melakukan dosa
Yang ingin aku tinggalkan
Yang ingin aku jauhkan
Pengakuanku akur
Kekuatan ku masih belum teguh
Berharap lagi agar Kau memberinya penuh
Setiap ketika
Musuh sentiasa bertamu
Gundah kadang kala menjamu
Lemah tiada ku mahu
Kau sentiasa ku perlu
Usaha mahu ku ganda
Doa tiada ku alpa
Tawakal lengkapi semua
Ya Allah , jika saat ini
Jika masa ini
Jika hari ini
Menjadi yang terakhir bagiku..
Kalam ku . . .
Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu
Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan
Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

11 Mar 2012

Air Mata Seorang Lelaki

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

7 Mar 2012

Tazkirah Hati

hmmm...~

Di sekeliling kita ada yang hidup dalam kesusahan dan kesenangan. Malah, sesetengahnya mempunyai kemewahan yang sukar ditandingi. Apa perasaan kita apabila memandang kepada kehidupan hartawan itu?
Umumnya apabila mata melihat kenikmatan yang diperoleh orang lain, akan tumbuh suatu perasaan di dalam diri, dinamakan iri hati. Sememangnya sesuatu yang bersifat semula jadi dengan nikmat itu akan menimbulkan iri hati.Cuma apabila iri hati itu akan melahirkan perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka pula ia hilang daripada tangan orang, ia dinamakan sebagai hasad.Jika iri hati itu melahirkan keinginan mendapatkan nikmat serupa tanpa benci pada nikmat yang ada pada orang, malah tidak berharap nikmat itu hilang daripadanya, ia tidak dinamakan hasad, sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munafasah.Apa itu hasad? Hasad boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang atau sakit hati dan benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira dan suka nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.
Ringkasnya, ia merujuk perasaan suka dan senang hati apabila orang lain ditimpa kesusahan dan bencana, tetapi menaruh kebencian apabila orang menerima kesenangan.

Daripada pengertian yang umum itu, aq membuat pembahagian sifat hati itu kepada empat peringkat:

1. Benci nikmat pada orang lain dan suka supaya nikmat itu hilang daripada milik orang, sekalipun nikmat itu tidak akan berpindah ke tangannya. Cuma yang penting padanya ialah asalkan nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.

2. Benci kerana tiada nikmat itu di tangannya, bukan benci yang ada pada tangan orang lain dan sukakan nikmat itu ada pada tangannya, bukan sukakan nikmat itu hilang daripada tangan orang.

3. Tidak suka jenis nikmat itu sendiri untuk dirinya tetapi suka nikmat yang seumpama nikmat terbabit. Apabila gagal mendapatkan yang seumpamanya, timbul rasa suka kalau nikmat itu hilang daripada tangan orang yang memilikinya.

Dengan itu akan samalah tarafnya, iaitu sama-sama tidak memiliki nikmat terbabit, sebagaimana kalau berjaya akan sama-sama memilikinya.

4. Suka kalau dia memiliki nikmat yang sama dengan nikmat yang dipunyai orang lain. Sekiranya gagal mendapatkannya, dia tidak benci dengan nikmat yang ada pada tangan orang, sebaliknya suka sekiranya nikmat itu kekal dalam miliknya.

Peringkat pertama amat tercela, peringkat kedua adalah tercela, peringkat ketiga ada sudut tercelanya dan ada sudut tidak tercela manakala peringkat keempat dimaafkan. Peringkat keempat ini dinamakan ghibtah atau munafasah.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah tidak salah.

"Meterainya kasturi dan untuk itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan." (al-Mutaffifin:26)

Rasulullah s.a.w ada menegaskan, maksudnya: "Diumpamakan umat ini dengan empat (jenis) orang iaitu:

1. Orang yang dikurniakan Allah dengan harta dan ilmu, lalu dia berusaha dengan ilmunya untuk hartanya.

Orang yang dikurniakan Allah dengan ilmu tetapi tidak dikurniakan harta, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Kalaulah aku mempunyai seperti harta si polan nescaya akan aku usahakan sama seperti yang diusahakan oleh dia. Orang ini dalam pahalanya adalah sama.

2. Orang yang diberikan harta tetapi tidak diberikan ilmu, lalu dia menggunakan hartanya pada maksiat.

3. Orang yang tidak diberikan ilmu dan harta, lalu dia berkata: Kalaulah aku mempunyai harta seperti harta si polan itu, nescaya aku akan belanjakan seperti mana yang dibelanjakan pada perkara yang maksiat. Orang ini pada dosanya adalah sama.

Justeru, tidaklah salah jiwa kita berasa iri hati atas nikmat orang lain dan kita berasa ingin mempunyai nikmat yang sama sepertinya tanpa berasa suka jika nikmat itu hilang daripadanya dan tidak benci jika ia kekal di tangannya.

Bagi nikmat berbentuk keagamaan yang wajib seperti nikmat iman, solat, zakat dan puasa, berlumba-lumba ke atas nikmat terbabit wajib hukumnya, iaitu hatinya hendaklah berasa suka untuk mencapai nikmat seumpamanya.

Ini kerana jika tidak sukakan yang demikian, bererti dia rela dengan maksiat dan ini adalah haram.

Demikian juga jika nikmat itu berbentuk amalan kelebihan (fadhail) yang sangat digalakkan hukumnya adalah sunat dan jika nikmat itu yang haruskan yang dipergunakan secara harus, hukumnya adalah harus.

25 Feb 2012

whats good for me~

I ain't no queen of hearts, I go through stages
I fall in love then complicate it
yeah, you know the feeling
without much hope just blind ambition
pretending that there's nothing missing
I always kept believing that...
more, I thought if I had more I wouldn't get so bored
but everything just left me empty
love walking in and out of my door
wasn't good enough no more
when I don't trust myself life really sucks and...
first time I did it but I didn't do it
last time, that's when I really blew it
this time I'm gonna do it different 'cause I know...
if I put everything I have into it
eventually I'm gonna get what's good for me
I'm just trying to be creative
but everyone's so opinionated
wanna tell me what I'm feeling
'cause one man's junks another's treasure
when it's done it's hard to measure or keep on believing that...
more, if only I had more, I wouldn't get so bored
but I know it's gonna leave me empty
life, walking in and out of my door wasn't good enough no more
when I don't trust myself I'm gonna get stuck and...
'cause I don't want to live my life wondering if only I would've,
 but I didn't 'cause I only blame myself again...


Klik jap..tgk la.. awesome kot!!