8 Jan 2012

cinta abadi hanya pada Nya~

kdangkala aq sendiri kebingungan. bila ditusuk soalan demi soalan. bagi yang telah merasa cinta… bagi yang belum merasanya. cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!dulu aq pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? kekadang, jalan berapi ditempuh jua. ah, bujukan nafsu terlalu melulu. sudah terantuk baru terngadah. sudah berdarah, baru berubah.pada remaja yang terus bertanya… pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aq sendiripun terus bertanya dan terus meminta. tidak mungkin aq memberikan apa yang aq tidak punya! tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah...yaaa..  itulah cinta pertama dan cinta utama. walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. hati masih tuli… jiwa masih alpa… bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. jangan pandang cinta manusia lagi. buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)
untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi.Ya, burulah cinta itu. cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!

No comments:

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!