15 Feb 2012

nasib kita?? xpyh nk debat sgt lah!!!

Hidup kita, ada turun naiknya. Sekejap kita akan berada nun jauh di atas. Esok lusa, tengok-tengok kita dah ada jauh di bawah. Hari ni kita bergelak sakan, silap-silap esok menangis pun sakan juga. Itu semua soal nasib. Tak ada siapa yang boleh tebak nasib kita untuk hari esok. Itu realitinya. Tukang tilik tu pun hakikatnya sekadar mencuba nasib.
Nasib baik, betullah tekaannya. Kalau bukan nasib, totally wrong jugak hasil tilikan dia. Buang duit dan untuk orang Islam, sila elakkan daripada adegan tilik menilik nasib ya. Berdosa besar setahu saya. Kan? Al-maklum, saya ni kurang ilmu agama. Masih bertatih untuk belajar tentang agama.
Bila kita sentuh soal nasib, sebenarnya tak baik nak diperdebatkan sangat. Betul tak?
Why? Ok, for me its simple. Buat apa yang kita nak amik tahu sangat hal nasib kita walhal kita tahu yang diri kita ni bukan “penentu nasib” or even “boleh ubah nasib”. Come on guys, be realistic. Memang susah, tapi perkara untuk terima nasib kita secara ikhlas ni sebenarnya perlukan latihan jugak. Bukan senang-senang kita manusia biasa ni nak terima bulat-bulat nasib kan?
Bila saya sebut latihan, mestilah perlu ada permulaan, kesabaran dan insyaAllah akan sampai 1 tahap korang boleh rasa perbezaannya pada diri korang. Kalau sebelum ni, each time ada masalah, each time tu lah korang akan rasa macam nasib korang selalu malang. Mula rasa Tuhan tak sayangkan korang. Stop thinking like that. Berdosa kan?
Tapi, insyaAllah. Lepas korang berjaya buat sesi “latihan” tu, korang rasa kelainannya.  Sebenarnya bila korang sudah biasa buat “latihan” yang saya katakan di atas ni, korang akan lebih tenang bila terpaksa berdepan dengan nasib yang tak berapa nak best dalam life korang.
Latihan ni, adalah masa yang for me sangat sukar pada awalnya. Saya sudah merasa sebelum ini. Its not tooooo simple sebenarnya. Tapi bukan jugak toooooooooooooooo imposible untuk lakukan. Semuanya adalah soal “masa”. Dari 1 masa ke 1 masa yang lain, kalau korang tetap sabar dan kuat dengan “latihan” ni, akan adalah ganjaran untuk korang!
Trust me. Korang memang tak mungkin boleh ubah nasib yang Tuhan dah tetapkan khas untuk korang. Cuma, apa yang perlu, korang belajarlah how to accept your faith. kan? Kalau hari ni nasib korang perlu putus cinta dengan pasangan korang, memanglah sakit. Tapi be realistic! Tak salah cuba memperbaiki nasib korang tu. Ada rezeki, dapat balik pasangan tu tapi in case tak berjaya jugak. This is the time! Mulakan sesi “latihan”.
Monolog dalam diri masa sesi latihan penting for me. Katakan pada diri korang, ini adalah nasib yang  Tuhan dah tetapkan untuk korang barangkali. Katakan juga, Tuhan tu maha adil. Kalau kali ni nasib korang kurang bagus, mungkin Tuhan ada plan untuk berikan nasib yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh  lebih bagus untuk korang pada masa akan datang cuma perlu tunggu untuk itu.
Saya dah buat sesi latihan ni. Alhamdulilah, even belum hebat mana pun tahap “keredhaan” saya untuk semua nasib saya, tapi at least ada perubahan berbanding dulu. No more menangis like hell macamlah nasib tu akan menamatkan riwayat hidup saya. Cubalah.hehehe.
Redha! itu saja kunci bagi saya meneruskan hidup dengan aman damai tanpa rasa palat sangat. Palat tetap palat,. tapi bukan macam lalat.hahaha! Bila kita terima nasib kita, redha dan tahu nasib tu pun bukan daripada siapa, “istimewa” daripada Tuhan kita khas untuk kita saja…InsyaAllah lah korang tak akan rasa macam hidup korang ala-ala  tak berguna.
Nasib!!!!!! Redha sajalah.



No comments:

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!