14 Mar 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ketika diri di ulit sepi
Ketika diri di ulit duka
Ketika diri di ulit rindu
Ketika diri di ulit sayang
Ketika diri di ulit gembira
Ketika diri di ulit sukar
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang Maha Penyayang ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang Maha Berkuasa ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang Maha Agung ?
Ketika itu semua adakah aku teringat Tuhan ku yang memberi dan menarik kembali nikmatNya ?
Ketika itu semua adakah aku berdoa dan bersyukur kepada Tuhan ku ?
Ya Allah , aku sering melupakanMu
Tatkala aku diterjah kesusahan atau kegirangan
Aku tetap lalai dalam mengingatiMu
Aku dibaluti dosa dan noda
Aku ditutupi syaitan dengan dunia
Aku diiringi nafsu dalam tingkahku
Aku tiada secebis iman
Aku tiada sedikit akal
Aku hanya ada segumpal hati yang kotor ....
Aku hanya ada jasad yang tiada tujuan ....
Aku tiada matlamat hidup
Apatah lagi untuk mengetahui apa tujuan Tuhan menciptakan aku
Dimanakah janji-janjiku pada Allah ketika roh ditiup ke jasad
Janji-janji yang tidak ditepati untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi
Khalifah yang mencerminkan agama Allah
Khalifah yang menghalang kekufuran
Khalifah yang berjuang jihad atas agama Allah
Khalifah yang tidak mensia-siakan hidup yang singkat
Hamba seperti apakah aku ini ?
Aku hanyalah hamba yang ingkar pada Tuan nya !
Aku hanyalah hamba yang tidak memberi kebaikan pada Tuan nya !
Aku hanyalah hamba yang lupa diri pada Tuan nya !
Aku hanyalah hamba yang tidak berbakti pada Tuan nya !
Langsung tiada ucapan syukur
Langsung tiada ucapan maaf
Langsung tiada ucapan malu
Hanya ada ucapan takbur
Hanya ada ucapan hina
Hanya ada ucapan yang penuh kebencian
Hanya ada ucapan tidak bermakna
Tiap hari dibekalkan dengan keseronokan
Tiap hari dibekalkan dengan kemewahan
Tiap hari ditambah dosa
Dosa , dosa dan hanya dosa . . .
Pahala ? Tiada tempat untuknya . .
Pabila mata hatiku kaku
Tiada petunjuk tiada hidayah daripada Tuhan ku
Semuanya gara-gara dosa ku
Begitu sukar untuk menembusi hati yang gersang dengan kebenaran
Terus-terusan menolak kebenaran
Terus-terusan menerima kebatilan
Di pandu nafsu ku
Di pandu musuh nyata ku
Di pandu amarah ku
Di pandu mata hati yang tiada di asah , beku
Akal tidak terguna
Hati tidak terima
Iman entah ke mana . .
Sekeras-keras hati
Muncul jua secalit rasa insaf
Dalam diam
Tetapi
Tembok keegoan terlalu kukuh untuk di runtuh
Begitu teliti pembinaan ego ku , utuh
Terdetik jua untuk menerima
Ego menepis terlepas semua . . .
Kini aku mengerti hakiki kehidupan
Tidak kira dulu , kini atau hadapan
Sungguh rugi tidak terkata
Ketika berjuang memenangkan dunia
Cahaya Allah tiada terpilih
Allah memberi tanda kasih
Syukur ku padaNya tiada hingga
Akhirnya ku temu juga
Berharap setinggi langit agar tidak tersasar
Tidak tersasar daripada jalan benar
Sekali Dia memberi hidayah
Seboleh-boleh tidak mahu lagi goyah
Ubah ku bukan kerna manusia
Ubah ku bukan kerna harta
Ubah ku bukan kerna takhta
Ubah ku bukan kerna dunia
Ubah ku hanyalah kerna Sang Pencipta
Yang menguasai segalanya
Kini ada ucapan syukur
Kini ada ucapan maaf
Kini ada ucapan malu
Kini ada ucapan buat Tuhan ku . . .
Tika sujud terakhir
Tika itu . . .
" Kau berikanku segala-galanya
 Kau mengujiku dengan cinta dunia yang sungguh indah
Kau hiaskannya dengan intan permata dengan jua Si Adam
Kau tempatkan ku kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu "

" Dalam menikmati kurniaan-Mu
Tidak terucap lafaz terima kasihku
Namun untuk jadi yang terbaik
Aku masih belum mampu "

" Dalam sujud cintaku
Fanaku diulit rindu
Getirnya cemas di kalbu
Takut hidup tanpa redha-Mu "

" Hanya kerna-Mu Tuhanku
Aku hidup dan ku akan kembali pada-Mu
Hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku. "

" Kau janjikan ku dengan ayat-ayat Mu
Disana menanti
 Di syurga Kau penuhi dengan cinta dan kasihMu..
 Ya Rabbi... "
Tiada terbatas bicara yang aku ingin meluahkan
Aku tahu Kau sering mendengar rintihan hambaMu
Walau terkadang aku terlanjur melakukan dosa
Yang ingin aku tinggalkan
Yang ingin aku jauhkan
Pengakuanku akur
Kekuatan ku masih belum teguh
Berharap lagi agar Kau memberinya penuh
Setiap ketika
Musuh sentiasa bertamu
Gundah kadang kala menjamu
Lemah tiada ku mahu
Kau sentiasa ku perlu
Usaha mahu ku ganda
Doa tiada ku alpa
Tawakal lengkapi semua
Ya Allah , jika saat ini
Jika masa ini
Jika hari ini
Menjadi yang terakhir bagiku..
Kalam ku . . .
Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu
Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan
Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

11 Mar 2012

Air Mata Seorang Lelaki

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

7 Mar 2012

Tazkirah Hati

hmmm...~

Di sekeliling kita ada yang hidup dalam kesusahan dan kesenangan. Malah, sesetengahnya mempunyai kemewahan yang sukar ditandingi. Apa perasaan kita apabila memandang kepada kehidupan hartawan itu?
Umumnya apabila mata melihat kenikmatan yang diperoleh orang lain, akan tumbuh suatu perasaan di dalam diri, dinamakan iri hati. Sememangnya sesuatu yang bersifat semula jadi dengan nikmat itu akan menimbulkan iri hati.Cuma apabila iri hati itu akan melahirkan perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka pula ia hilang daripada tangan orang, ia dinamakan sebagai hasad.Jika iri hati itu melahirkan keinginan mendapatkan nikmat serupa tanpa benci pada nikmat yang ada pada orang, malah tidak berharap nikmat itu hilang daripadanya, ia tidak dinamakan hasad, sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munafasah.Apa itu hasad? Hasad boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang atau sakit hati dan benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira dan suka nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.
Ringkasnya, ia merujuk perasaan suka dan senang hati apabila orang lain ditimpa kesusahan dan bencana, tetapi menaruh kebencian apabila orang menerima kesenangan.

Daripada pengertian yang umum itu, aq membuat pembahagian sifat hati itu kepada empat peringkat:

1. Benci nikmat pada orang lain dan suka supaya nikmat itu hilang daripada milik orang, sekalipun nikmat itu tidak akan berpindah ke tangannya. Cuma yang penting padanya ialah asalkan nikmat itu hilang daripada tangan orang terbabit.

2. Benci kerana tiada nikmat itu di tangannya, bukan benci yang ada pada tangan orang lain dan sukakan nikmat itu ada pada tangannya, bukan sukakan nikmat itu hilang daripada tangan orang.

3. Tidak suka jenis nikmat itu sendiri untuk dirinya tetapi suka nikmat yang seumpama nikmat terbabit. Apabila gagal mendapatkan yang seumpamanya, timbul rasa suka kalau nikmat itu hilang daripada tangan orang yang memilikinya.

Dengan itu akan samalah tarafnya, iaitu sama-sama tidak memiliki nikmat terbabit, sebagaimana kalau berjaya akan sama-sama memilikinya.

4. Suka kalau dia memiliki nikmat yang sama dengan nikmat yang dipunyai orang lain. Sekiranya gagal mendapatkannya, dia tidak benci dengan nikmat yang ada pada tangan orang, sebaliknya suka sekiranya nikmat itu kekal dalam miliknya.

Peringkat pertama amat tercela, peringkat kedua adalah tercela, peringkat ketiga ada sudut tercelanya dan ada sudut tidak tercela manakala peringkat keempat dimaafkan. Peringkat keempat ini dinamakan ghibtah atau munafasah.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah tidak salah.

"Meterainya kasturi dan untuk itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan." (al-Mutaffifin:26)

Rasulullah s.a.w ada menegaskan, maksudnya: "Diumpamakan umat ini dengan empat (jenis) orang iaitu:

1. Orang yang dikurniakan Allah dengan harta dan ilmu, lalu dia berusaha dengan ilmunya untuk hartanya.

Orang yang dikurniakan Allah dengan ilmu tetapi tidak dikurniakan harta, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Kalaulah aku mempunyai seperti harta si polan nescaya akan aku usahakan sama seperti yang diusahakan oleh dia. Orang ini dalam pahalanya adalah sama.

2. Orang yang diberikan harta tetapi tidak diberikan ilmu, lalu dia menggunakan hartanya pada maksiat.

3. Orang yang tidak diberikan ilmu dan harta, lalu dia berkata: Kalaulah aku mempunyai harta seperti harta si polan itu, nescaya aku akan belanjakan seperti mana yang dibelanjakan pada perkara yang maksiat. Orang ini pada dosanya adalah sama.

Justeru, tidaklah salah jiwa kita berasa iri hati atas nikmat orang lain dan kita berasa ingin mempunyai nikmat yang sama sepertinya tanpa berasa suka jika nikmat itu hilang daripadanya dan tidak benci jika ia kekal di tangannya.

Bagi nikmat berbentuk keagamaan yang wajib seperti nikmat iman, solat, zakat dan puasa, berlumba-lumba ke atas nikmat terbabit wajib hukumnya, iaitu hatinya hendaklah berasa suka untuk mencapai nikmat seumpamanya.

Ini kerana jika tidak sukakan yang demikian, bererti dia rela dengan maksiat dan ini adalah haram.

Demikian juga jika nikmat itu berbentuk amalan kelebihan (fadhail) yang sangat digalakkan hukumnya adalah sunat dan jika nikmat itu yang haruskan yang dipergunakan secara harus, hukumnya adalah harus.

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!