4 Apr 2012

cinta tak semestinya memiliki, sayang xsemestinya bersama..SAYA SAYANG AWAK… DISEBABKAN SAYANG AWAK, SAYA LEPASKAN AWAK!!

ingt lagi nih?? tlg faham kenapa.............kita mcm nih..hrp awk ingt..
SAYA : Hai awak.. maaf sebab lambat..
 AWAK : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?
 SAYA : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..
 AWAK : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..
SAYA : Awak… Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
AWAK : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak.. 
SAYA : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?
AWAK : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..
SAYA : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..
AWAK : Saya pakai macam ni pun untuk awak je.. Saya masih pakai tudung tau..
SAYA: Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stoking kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.
AWAK : Hmmm.. Yelaa…
SAYA : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..
AWAK : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..
SAYA : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?
AWAK : Ermmm….
SAYA : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?
AWAK : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
SAYA : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.
AWAK : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!
SAYA : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?
AWAK : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!
SAYA : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.
AWAK: Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!
SAYA : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..Saya sayangkan awak, tapi..
AWAK : Tak payah nak tipu! 
SAYA : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…
AWAK : Awak!! Kenapa sekarang???
SAYA : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.
AWAK : Saya sayang sangat kat awak..
 SAYA: Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…
AWAK : Awak… Tak kesian kat saya ke?
SAYA : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum…

Mase tu..Saya melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat awak yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan saya akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT.

3 comments:

ramka roon itis said...

Gilee tacing meyh bace post nih . khesah betol ekk kwn ? btw, be patient , be strong and olweyz pray to Allah . #pesanan dpd sorg kwn je , sory myibuk . ayt tungenglanggang je . muehehe

ikA buBbLy said...

wahhh..sgt x ptut la..klu btol syg,bimbing la gurl tu ke jln yg btol bkn tgglkn dia trkapai2 sorg..nk ngis baca nih!!! :(

Ameer's said...

ermm...

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!