27 Sep 2012

Menikmati setiap detik hidup 'single'.

Assalamualaikum... wah wah.. dh byk berubah interface blog ye..dh 3 bulan aku xmasuk menaip..dh lain rupenye... ha3..

Tajuk diatas sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan aku sekarang.
Dalam iPod 'Kebahagian, Harapan dan Cinta' (tertulis dibelakang iPod), ada banyak nota telah aku simpan. Sebagai rujukan aku, menulis isi blog. Sangat banyak, 40 tema dan isi yang pelbagai.
Menjadi seorang lelaki tanpa apa-apa komitmen terhadap jantina berlawanan sebenarnya agak sukar apabila dikelilingi oleh lelaki sebaya yang sudah mempunyai buah hati masing-masing. Dahulu, aku memang tak berminat langsung hendak menjalani hubungan serius yang begitu jujur dan gile-gile dengan jantina lawan aku, perempuan - bukan pondan.
Aku merasakan zaman sekolah dan universiti perlulah sesuatu yang begitu manis untuk dilalui. Sebab, bila aku tengok kawan lelaki aku yang ada buah hati masing, akan macam ada satu batasan yang terhad untuk eksplorasi sesuatu. Malamnya, kena bersedia untuk menelefon (standby mode, yo!). Hujung minggu kena ada plan sendiri, tak boleh main sebat je, sebab hujung minggu waktu sesuai untuk keluar bersama.
Tak masuk lagi, kes merajuk, kes gaduh, kes ugut-ugut nak kelesh (clash). Dan macam-macam lagi...
Itu yang aku lihat, dari kawan-kawan aku sendiri.
Pertengahan minggu, dah janji dengan aku macam-macam. Misalan, nak jamming, nak race kete la, nak layan snooker la, layan PES sampai larut pagi, semua ditabur pada aku.
Bila hujung minggu, aku yang menjadi kelana seorang diri dalam bilik layan EPL. Jerit seorang diri.
Alasan, "Sorry wei, ada komitmen la. Sorry bro!"
Sekali lagi, itu yang aku lihat, dari kawan-kawan aku sendiri.
Begitu juga bila dalam berjalan jauh, pergi melancong. Kadang-kadang terpaksa ikut 'waktu' kawan yang ada buah hati. Jangan lepak sampai malam, sebab nak telefon. Tak pun, bila sedap sembang-sembang, lepas itu, "Sorry, ada hal jap. Nak call."
Aku tak tahu apa motif aku tulis, cuma aku rasa seronok memikirkan kehidupan huru-hara aku yang dulu - tanpa ada komitmen. Tekan BUZZ kat semua kenalan Yahoo Messenger, cakap 'hi!' kenapa semua si perfect stranger. Chatting sampai keesokan pagi, tidur, bangun semula. Lepas itu tak cakap langsung dengan kenalan perempuan itu selepas beberapa bulan, chat balik giler-giler.
Tak pun, poke kenalan perempuan di FB tanpa segan silu. Main add friend secara semberono, tanpa memikirkan risiko digelar pervert.
Juga, meminta no telefon dari mana-mana gadis jumpa di pasaraya, kompleks, penjual bunga, gadis kaunter, pelayan KFC, penjual pop-corn. Flirt-flirt tanpa rasa bersalah kerana bakal melukai orang. Berpura-pura jadi romantis buka pintu untuk perempuan masa nak masuk melalui pintu atau tarik kerusi suruh duduk. Bagi perempuan duduk dulu, baru duduk.
Hurm.
Apa-apa pun, umur 21 tahun adalah butang panik!
"Kebosanan mencipta kelainan"

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!