16 Oct 2012

3 persoalan untuk wanita..

hye semua..

kenapa la kepala hotak ku ni lembap sangat nak memikir untuk update blog.. apa yang aku nak update?
padahal kalau jauh dari pc banyak sangat ilham untuk mengupdate blog.. tapi bila depan pc ni.. kepala hotak ku jem..! aku tatao nak taip apa.. bz sangat membaca blog orang lain.. sampaikan blog sendiri pun tak terurus.. lain lagi nak layan facebook tu.. sob..sob..sob..

mukaddimah kat atas tu hanya untuk memberikan gambaran pada korang wahai pembaca bahawa aku ketandusan idea untuk mengupdate blog..!

lantas dengan semangat waja... aku segera mencari ilham..! hati ini membara-bara bagaikan api yang tengah membakar ikan bakar...! huh? apa punya ayat aku pakai ni.. lantak la.. janji ayat aku boleh masyuk..!

okay..!
abaikan apa yang aku taip kat atas tu...! itu semua tiada urusan dalam penulisan blog...



wanita...wanita...wanita...
serius ni..!

korang tengok tak tulisan warna merah tu...
setelah puas untuk mencari ilham.. aku mendapat idea untuk bercerita pasal wanita..

kepada wanita-wanita di luar sana.. sila jangan marah aku okay..! entri ini hanya untuk aku berkongsi cerita pada pembaca...

persoalan kepada wanita...

kenapa mengatakan tidak cemburu tapi dalam hati hanya tuhan yang mengetahuinya...?
kenapa mudah sangat wanita untuk memutuskan sesuatu perhubungan...?
kenapa wanita mudah untuk mempercayai lelaki yakni boyfriend masing-masing...?

wanita..wanita..wanita..
kepada wanita di luar sana... perkara di atas pernah terjadi pada korang tak?
sekiranya perkara di atas pernah berlaku pada korang,harap korang dapat share ngan aku di ruangan komen nanti okay..

izinkan aku untuk menjawab persoalan di atas... (sendiri punya soalan sendiri mau jawab ka?)

kenapa wanita mengatakan tidak cemburu tapi dalam hati tuhan yang mengetahuinya...?
bayangkan situasi ni berlaku bila si lelaki bertegur sapa dengan kawan perempuan yang lain.. bercerita bagaikan 20puluh tahun tak jumpa.. sedangkan si wanita berdiri bersebelahan dengan si lelaki.. lelaki dan kawan perempuannya tadi siap bertukar-tukar no tepon dan email facebook... apa perasaan si wanita yakni girlfriend kepada lelaki tersebut? cemburu ka dia?

bila ditanya "awak cemburu ke?" 
jawapannya pulak "tak lah"..

tapi,sepanjang perjalanan wanita tersebut buat muka mencuka..!
diam seribu bahasa..! semua jadi serba tak kena..!

cakap tak cemburu tapi,kenapa perlu buat muka? kalaupun engkau tu cemburu.. senyumkan la dirimu saat lelaki tu bergurau untuk menggembirakan hatimu semula..!
takut sangat boyfriend di rampas oleh orang lain ke? sedar sikit la wahai wanita.. dia belum sah jadi milik kau...! hahahaha.... jahat.!

kenapa mudah sangat wanita untuk memutuskan sesuatu perhubungan...?
bab ni aku tak berkenan..! kenapa mudah sangat nak memutuskan hubungan itu..?
bukankah kamu pernah mengatakan tidak akan sekali-kali menyakiti hati pasanganmu..!
tapi,kenapa kau luahkan perkataan "clash" tu..!

"cukup sampai sini.. kita clash..!"

biasa berlaku bila pasangan tersebut bergaduh.. bergaduh mengalahkan suami isteri..! hahaha...
selalunya wanita yang akan mintak clash.. kan.. korang tak fikir ke apa yang korang cakap tu dah menyakiti hati lelaki yang mencintaimu setulus hati~ ~ ~ (ayat tak boleh blah..!) hahahha...

kerana sayang.. biasanya lelaki akan bersabar melayan karenah pujaan hatinya.. di biarkan wanita itu meluahkan perasaannya..walaupun keegoannya di cabar dengan permintaan wanita tersebut..!
serius.! ego lelaki memang kuat okay..! tapi,demi pujaan hati lelaki akan cuba untuk bersabar..!

tapi,tade cara lain ke selain dari "clash".. cubalah korang menghukum lelaki tu dengan cara lain selain daripada mengungkapkan perkataan "clash" tu..

patutlah lelaki yang diberikan hak untuk menjatuhkan talak pada isteri kan..kan..

begitulah wanita.. hilang pertimbangan bila amarah menguasai diri..!
hilang semua cinta,sayang,rindu,kasih.. hahaha...


kenapa wanita mudah untuk mempercayai lelaki yakni boyfriend masing-masing...?
kepada wanita diluar sana.. pelihara la dirimu.. 
jangan sesekali menggadaikan maruah mu pada lelaki yang belum sah menjadi milik mu.. 
rasanya korang faham maksud ayat tadi kan..

"kerana cintaku padamu,aku sanggup buat apa sahaja"

apa sahaja? hahahaha...

ish..ish..ish.. bab "apa sahaja" ni memang mudah untuk ditafsirkan oleh lelaki..

sebab tu  sifat malu itu perisai kepada wanita.. jangan sampai perasaan malu itu hilang pada diri setiap insan yang bergelar wanita..

jangan la terlalu mencintai kekasih hati.. kerana belum tentu insan yang dicinta itu akan menjadi suami kelak..
tidak ka korang malu sekiranya bakal suami mu mendapat tahu masa silam mu kelak..

"kalau dia mencintaiku dia akan menerimaku seadanya".. hahaha..
memang betul... lelaki akan menerima wanita itu seadanya...
tapi,yang menjadi persoalanku.. bahagia ka hubungan itu..?

persoalan kedua pulak menyusul.. 
bahagia ke hubungan rumahtangga itu jika si isteri still virgin? 

mesti ada di antara pembaca yang mengatakan bukan itu yang menjanjikan hubungan itu bahagia...

hantarkan cadangan dan komen anda dengan menaip ON KOMEN dan hantar ke 32999...

p/s:maaflah kalau entri ada menyakitkan hati kepada mana-mana individu.. sepuluh jari ku susun memohon
     maaf.. jangan marah aku..


5 comments:

Miss Nurul Atikah said...

wahhh... superb r entry ni! aku suka!!

Ameer's said...

hahaha..superb la sgt mu ni...hahah

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Ameer's said...

orait pakjoe... ha3

Klik jap..tgk la.. awesome kot!!